Perbandingan seni lukisan antara Tamadun

bil
perbandingan

Tamadun

Tamadun india

Tamadun china

Tamadun Barat

1.
sejarah
lukisan dihasilkan untuk golongan pemerintah dan pembesar. Lukisan miniatur paling sering dilakukan. Lukisan menggambarkan keperibadian pelukisa dan apa yang tergambar di fikiran.
lukisan dihasilkan untuk tujuan keagamaan berdasarkan beberapa prinsip dan proses alam semesta. Corak lukisan lebih kepada gambar pemandangan seperti gunung-ganang, batu-batuan dan salji.
mulai membuat gambar pada dinding-dinding gua untuk mencitrakan bagian-bahagian penting dari kehidupan mereka
2.
aliran
perkembangan lukisan mengikut empayar pemerintahan.
aliran lukisan seperti lukisan  Mughal, dan Lukisan Pahari, lukisan Rajpur.
daripada fahaman Daoisme dengan melakukan seni melalui proses alam semesta. Dikembangkan oleh orang Buddha. Pelukis terkenal muncul dalam Dinasti Han.
aliran lukisan dalam tiga zaman terdiri daripada aliran surealisme, kubisme, realisme, naturalisme dan favisme
3.
motif dan subjek
motif lukisan berdasarkan situasi sekeliling. Biasanya seperti burung, pokok,haiwan, dan potret pembesar, serta apa sahaja yang terlintas di fikiran
elemen-elemen yang dilukis untuk mewakili alam semesta seperti gunung tinggi yang dipenuhi pokok-pokok , bukit-bukit dan air terjun, pokok-pokok kecil yang rimbun ,air sungai dan tasik
- motif asal biasanya banyak berkaitan dengan figure manusia dan berkaitan dengan pengaruh keagamaan.
- amat mengagunggkan manusia dalam seni.
5.
penggunaan alatan
- masyarakat awal lebih selesa menggunakan mata pena dan pen daripada buluh.
- lukisan dilakar dengan menggunakan batu atau kapur terlebih dahulu.
- penggunaan berus, diperbuat daripada bulu ekor tupai.
lukisan menggunakan berus sepenuhnya. Berus buluh dicelup kedalam dakwat cina yang cair untuk melukis.
- penggunaan alat agak meluas.
- merangkumi semua alatan dalam media kering seperti pen, krayon, arang, dan pensel.
5.
media
lukisan dilukis atas kertas dan biasanya  menggunakan kedua-dua belah kertas kerana kekurangan kertas.
Lukisan dilukis pada kain sutera, tembikar dan sampang
lukisan dibuat di atas kertas atau kanvas. Selain pada dinding dan lantai gereja sebagai mural.
6.
makna lukisan
makna dan ekspresi lukisan tidak ditonjolkan melalui ekspresi pada wajah subjek. Tapi penceritaan adalah melalui pergerakan dan aksi subjek dalam lukisan.
penelitian dilakukan dalam lukisan. Setiap maksud digambarkan dengan jelas melalui lukisan yang dilukis.
- lukisan juga berkaitan dengan cerita-cerita metos atau tentang dewa-dewa.

lukisan berbeza mengikut aliran. Ianya bersifat luahan dan ekspresi diri. Maksud adalah bergantung kepada pentafsir untuk menilai.
7.
perkembangan
lukisan pada awalnya, hanya untuk golongan pembesar.
pelukis dijemput untuk melukis potre pembesar.
kemudian berkembang bila muncul sekolah-sekolah yang mengajar lukisan.
Seni lukis yang mula-mula sekali dihasilkan adalah dari orang-orang Buddha yang kemudian berkembang ke arah keduniaan.
pada permulaannya, lukisan berkisar tentang peradaban. Cara komunikasi menggunakan lukisan menggalakkan perkembangan. Lukisan termasuk dalam zaman klasik, zaman pertengahan dan zaman Renaissance.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Lukisan Tamadun Jepun

Jepun merupakan sebuah negara kepulauan yang mempunyai keadaan semula jadi yang amat sesuai untuk perkembangan sebuah tamadun sehingga mampu dikenali sebagai suatu bangsa yang kuat dan negara yang hebat sama ada dari aspek politik, ekonomi, kebudayaan dan sosial. Masyarakat Jepun amat menyedari kepentingan warisan tinggalan nenek moyang mereka dan ikatan atau hubungan mereka dengan tanah besar Asia walaupun secara realitinya mereka menjalani kehidupan yang berasingan iaitu sebagai masyarakat kepulauan. Selain itu, aspek lain yang amat penting dengan masyarakat awal Jepun ialah kepekaan mereka terhadap sifat-sofat kedewaan. Misalnya, keindahan alam semula jadi yang terdapat di Jepun dianggap sebagai satu anugerah daripada dewa kepada kepulauan Jepun. Hal ini demikian kerana secara legendanya, masyarakat Jepun mempercayai mereka berasal daripada Dewi Matahari iaitu bukan sahaja keturunan, tetapi meliputi asal-usul tanah dan negara Jepun itu sendiri. Kepercayaan asal-usul ini juga boleh dibuktikan melalui makna Nihon (Nippon) dalam bahasa Jepun yang membawa maksud asal matahari iaitu matahari terbit.




Hiroshige yang terlahir bernama Ando Juemon adalah dari keluarga biasa yang hidup dalam bersederhana. Namun pada umur 13 tahun, ia bersama kedua adiknya telah menjadi yatim-piatu dan harus menghadapi dunia fana yang tiada menentu. Setelah mengalami kegagalan akhirnya ia diterima disebuah sanggar seni seorang seniman ternama bernama Toyohiro, waktu itu ia berumur 15 tahun. Gurunya dapat mengetahui bakat si anak yang luar biasa dan wataknya yang lurus, sehingga ia diberi gelaran sebuah nama iaitu Hiroshige. Hiroshige yang terdiri dari dua huruf Kanji (aksara Han Tiongkok), huruf pertamanya diambil dari namanya sendiri dan yang kedua dari nama si anak. Tak lama kemudian, si anak menerbitkan hasil karya seni perdananya. Waktu itu ia baru berumur 16 tahun.







Dari tahun 1780 sampai dengan tahun 1800 merupakan zaman keemasan kesenian Ukiyo-e dimana banyak seniman terkenal seperti Hokusai, Utamaro dan gurunya sendiri saling bersaing menyempurnakan seni aliran ini. Seni lukisan Ukiyo-e (genre paintings) adalah lukisan berdasarkan kejadian sehari-hari. Namun seperti yang terjadi di negara Eropah, seni hanya disajikan dan dinikmati oleh kalagan elit dari masyarakat Edo (Tokyo). Oleh kerana itu, tema lukisan berkisar kehidupan para bangsawan atau figure wanita selebriti sedangkan lukisan pemandangan dengan kehidupan rakyat kurang diminati. Namun di zaman Edo berikutnya yang disebut zaman kemunduran terjadi populerisasi-an seni ke masyarakat luas sehingga terjadi lonjakan permintaan atas barang seni. Zaman kemunduran yang berkaitan dengan kejatuhan ekonomi menyebabkan segala percetakan harus dilakukan dalam jumlah besar untuk mencapai "economic of scale". Sehingga satu-satunya cara adalah memasarkan hasil seni kepada masyarakat luas dengan harga tinggi. Hiroshige yang berkarya di zaman ini mendapat keuntungan tambahan kerana bukan saja ia berbakat lebih dari itu tema lukisannya mengenai rakyat. Dalam lukisan-lukisan 53-Tahapan Tokaido misalnya ia menggambarkan aktiviti masyarakat Edo yang gemar mengembara mengunjungi tempat-tempat termasyhur dan tempat suci untuk beribadah walaupun harus menempuh perjalanan yang jauh. Oleh kerana itu, Hiroshige juga dikenang sebagai seniman yang banyak berpenat lelah dalam merakyatkan seni ke masyarakat Jepun.


Menurut perputaran kehidupan kosmik yang menggariskan kehidupan manusia atas dasar perputaran 60 tahun (sexagenary cycle), mencapai umur 60 tahun adalah waktu bagi seseorang memikirkan apa yang telah ia capai dan menatap kehidupan berikutnya dan kiranya itupun yang mungkin telewat dalam benak si anak genius. Setelah berkarya seni sepenuhnya, Hiroshige meninggal dengan tenang di umur 62. Ia dikebumikan di Vihara Togakuji yang terkenal di Kota Edo (sekarang Tokyo).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Lukisan Tamadun China

Fahaman Daoisme mempunyai pengaruh kuat terhadap bentuk-bentuk seni Cina terutama seni catan dan kaligrafi dan ia menentukan sifat-sifat yang dianggap penting dalam kesenian tersebut. Ini jelas kerana seorang seniman Cina bertujuan menyelaraskan kegiatan penghasilan sesebuah hasil seni catan dengan prinsip-prinsip atau proses alam semesta.

Menurut fahaman ini, manusia boleh melakukan perbuatan dan kegiatan yang bersifat semulajadi dan spontan melalui proses pelukisan gambar kerana ianya satu cara bagi mengharmonikan diri dengan proses alam semesta.

Dalam catan landskap Cina tradisional, elemen-elemen yang dilukis untuk mewakili alam semesta seperti gunung tinggi yang dipenuhi pokok-pokok, bukit-bukit dan air terjun, pokok-pokok kecil yang rimbun, air sungai dan tasik dan lain-lain lagi.

Manusia boleh timbul dalam catan landskap tersebut tetapi merupakan bentuk-bentuk yang kecil kerana menurut Daoisme, manusia cuma sebagai elemen yang kecil dalam dunia alam semesta yang amat luas dan besar ini.

Manakala kemahiran-kemahiran yang digunakan dalam tulisan kaligrafi atau huruf Cina, diaplikasikan oleh seniman-seniman Cina kepada penghasilan gerakan-gerakan berus yang terdapat dalam kaligrafi atau huruf Cina yang terdapat dalam sebuah lukisan (catan) yang berjaya.

Kebolehan untuk menghasilkan imej-imej yang mempunyai imbangan, gerakan dan bentuk-bentuk yang betul boleh diperolehi melalui latihan-latihan kaligrafi atau tulisan huruf Cina.Lukisan dilukis pada kain sutera, tembikar dan sampang. Ia biasanya terdiri daripada potret manusia, gambar-gambar yang berlatarbelakangkan cerita-cerita mitos dan peristiwa-peristiwa yang benar-benar berlaku. Seni lukis yang mula-mula sekali dihasilkan adalah dari orang-orang Buddha yang kemudian berkembang ke arah keduniaan. Pada zaman Dinasti Tang muncul pelukis teragung iaitu Wu Tao Yuan yang juga merupakan seorang sami Buddha. Dengan beberapa garis, dia telah dapat meletakkan satu lukisan yang bermutu tinggi di kanvas lukisannya. Seni lukis mencapai kemajuan sebenar pada zaman Sung. Dua orang pelukis terkenal zaman ini ialah Kuo His dan Mi Fei. Pada zaman Dinasti Han, banyak lukisan potret dihasilkan. Tembok dihiasi dengan catan fresco menggambarkan tokoh terkemuka seperti ahli falsafah, raja-raja negarawan. Kedatangan agama Buddha memberi motif baru dalam seni lukis. Corak lukisan lebih kepada gambar pemandangan seperti sungai, gunung-ganang, batu-bata dan salji.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Lukisan Tamadun Islam

Dalam budaya islam, penghasilkan hasil seni yang bermotifkan haiwan atau sebarang motif lain adalah dibenarkan. Tetapi hasil seni yang bermotifkan agama adalah amat dilarang. Gambaran yang melibatkan penghasilan lakaran berunsur geometri yang abstrak atau motif bunga-bungaan sering digunakan. Penghasilan motif ini dugunakan dalam bidang pembinaan dan kaligrafi yang terdapat pada binaan masjid dan buku-buku agama termasuk kitab suci al-Quran. Lakaran-lakaran abstrak ini bukanlah suatu yang dianggap baru, tetapi ianya sudah lama diguna pakai sejak zaman Pra-Klasik dan juga zaman Barbarian. Seorang illustrator, M.C. Escher telah memperkenalkan lukisan geometri islam ini ke dalam dunia barat yang bermotifkan bunga-bungaan.

Seni lukis pada zaman ini turut dikenali sebagai seni halus. Seni lukis bermula pada zaman Khalifah Muawiyah di Damsyik dan ia biasanya tertera pada helaian safhah al-Quran yang dihiasi dengan corak lukisan bunga dan gambar berbentuk Arabesque dengan pilihan warna emas. Dalam seni islam, pelukis diharamkan membentuk dan melukis makhluk yang bernyawa, namun lukisan ini dibolehkan hanya dengan bertujuan kerana keperluan yang diiktiraf seperti untuk kegunaan pendidikan. Seni lukis ula bermula pada zaman Khalifah Muawiyah di Damsyik dan ia biasanyaa tertera pada helaian-helaian safhah al-Quran yang dihiasi dengan corak lukisan bunga dan gambar berbentuk arabesque dengan pilihan warna emas, buku-buku sejarah yang dihiasi dengan gambar-gambar warna yang cantik seperti kitab al-Tarikh Syahnama dan buku hikayat alfun al-Lalai dan buku-buku cerita. Seni lukis Islam biasanya terhad kepada lukisan keindahan alam dan tidak termasuk benda-bnda bernyawa yang boleh menjadi pujaan seperti haiwan, dewa atau patung.

Di tengah pro dan kontra itu, seni lukis berkembang di dunia Islam. Meski begitu, para arkeologi dan sejarawan tak menemukan adanya bukti adanya sisa peninggalan lukisan Islam asli di atas kanvas serta panel kayu. Hasil penggalian yang dilakukan arkeologi justeru menemukan adanya lukisan dinding, lukisan kecil di atas kertas yang berfungsi sebagai gambar ilustrasi pada buku.

Salah satu bukti bahawa umat Islam mulai terbiasa dengan gambar makhluk hidup paling tidak terjadi pada masa pemerintahan Dinasti Umayyah (661 M - 750 M) di Damaskus, Suriah. Hal itu dapat disaksikan dalam lukisan yang terdapat pada Istana keci Qusair Amrah yang dibangun pada 724M hingga 748M.

Selain itu, serambi Istana Musyatta yang dibangun penguasa Umayyah di akhir kekuasaannya tahun 750M, juga dipenuhi lukisan manusia dan binatang. Pada era kekuasaan Abbasiyah, penggunaan gambar makhluk hidup dalam lukisan dinding juga digunakan pada istana Juasaq Al-Kharqani yang dibangun oleh Khalifah Al-Mu'tasim pada 836M-839M.

Makhluk hidup juga menjadi objek lukisan di Istana Dinasti Abbasiyah di era pemerintahan Al-Muqtadir (908M-932M). Dalam dinding istana itu, tergambar lima belas penunggang kuda. Lukisan ini depengaruhi gaya Mesopotamia. Lukisan manusia juga terdapat dalam dinding istana Sultan Mahmud Gazna (wafat 1030M).

Gambar prajurit serta perburuan gajah yang terlukis di dinding istana Sultan itu lebih banyak dipengaruhi seni dari India. Lukisan manusia dan makhluk hidup mulai berkembang pesat di era Dinasti Fatimiyah dan Seljuk antara abad ke-12 dan 13 M. Seabad kemudian, seni lukis miniatur berkembang pesat di era kekuasaan Dinasti ll-Khans--dinasti keturunan Hulagu Khan yang sudah masuk Islam.

Penguasa ll-Khans, seperti Mahmud Ghazan (1295M-1304M), Muhammad Khodabandeh (Oljeitu) (1304M-1316M), dan Abu Sa'id Bahadur (1316M-1335M) sangat menaruh perhatian pada perkembangan seni. Mereka memperbaiki kerusakan-kerusakan yang diakibatkan oleh invasi yang dilakukan leluhurnya terhadap dunia Islam.

Dinasti ini pun memperkenalkan gaya lukis Cina terhadap seni lukis miniatur Persia di zaman itu. Seni lukis miniatur Persia berkembang makin pesat di era kekuasaan Dinasti Timurid di wilayah Iran. Dipengaruhi gaya lukis Cina dan India, seni lukis miniatur Persia itu tampil dengan gaya yang unik. Seni lukis tradisi berkualiti tinggi juga berlangsung di era kekuasaan Dinasti Safawiyah.

Lantaran negara-negara Islam saat itu berbentuk monarki, seni lukis di setiap kota Islam sangat ditentukan pemimpinnya. Para penguasa Dinasti Safawiyah sebenarnya sangat mendukung para seniman. Salah seorang pemimpin Safawiyah yang mendukung kegiatan para seniman itu adalah Shah Ismail I Safav. Bahkan, dia mengangkat Kamaludin Behzad--pelukis kenamaan Persia--sebagai direktur studio lukis istana.

Lukisan Persia memiliki ciri khas tersendiri. Kebanyakan berisi sanjungan kepada raja dan penguasa. Selain itu, ada pula lukisan keagamaan yang menggambarkan interpretasi orang Persia terhadap Islam --  agama yang mereka anut. Lukisan Persia pun sangat termasyhur dengan penggunaan geometri dan warna-warna penuh semangat.

Yang lebih penting lagi, lukisan Persia dikenali mata ilustratif. Lukisannya mampu memadukan antara puisi dengan seni lukis. Bila kita melihat lukisan Persia, seakan-akan kita diajak untuk membaca sebuah kisah puitis yang mampu menumbuhkan rasa kepahlawanan. Hal itu terjadi, kerana lukisan-lukisan itu diciptakan terinspirasi oleh syair-syair yang begitu luar biasa.

Penguasa Safawiyah mulai mencabut dukungannya kepada para seniman di era kekuasaan Shah Tahmasp I tahun 1540-an. Akibatnya, para seniman yang bekerja di Istana Shah pergi meninggalkan Tabriz, Iran. Mereka ada yang hijrah ke Bukhara kawasan utara India. Tak hairan, jika seni lukis berkembang di Kesultanan Mughal, India. Di wilayah ini, seni lukis dikembangkan oleh para seniman imigran.

Salah satu ciri khas seni lukis Mughal adalah lebih bernilai humanistik dibandingkan hiasan. Gambar yang dilukiskan lebih ke dalam bentuk realistik, dibandingkan dalam bentuk fantasi. Pada era kekuasaan Turki Usmani, seni lukis juga berkembang pesat dengan sokongan dari istana sultan. Para penguasa Usmani memerintahkan para senimannya menggambar beragam bentuk peristiwa tentang kiprah Sultan, seperti pertempuran dan festival.


Di era kepemimpinan Sultan Sulaeman Al-Qanuni ada pelukis miniatur terkemuka bernama Nasuh Al-Matraki. Hampir semua karya lukis pada zaman ini tersimpan di Perpustakaan Istana di Istanbul, Begitulah seni lukis berkembang dari masa ke masa di era kejayaan Islam. Seni lukis yang khas dari setiap dinasti membuktikan bahawa umat Islam pada waktu itu mampu mencapai peradaban yang sangat tinggi di dunia.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Lukisan Tamadun Melayu

Seni tampak atau seni visual telah lama berkembang di Malaysia. Adalah dipercayai lebih dari 200 tahun dulu. Namun kewujudan seni ini hanya menjadi satu kepentingan pada negara mulai tahun 1930-an saja.


Dunia Seni Lukis di Malaysia

Di negara terdapat sekolah seni lukis peringkat tinggi yang menawarkan ijazah seni halus kepada sesiapa yang layak untuk mengikuti pengajarannya. Melalui institusi inilah ramai pelukis berkelulusan tinggi dihasilkan dari tahun ke tahun. Ianya menyumbang kepada perkembangan dunia seni lukis Malaysia.

Di samping itu, ramai juga pelukis yang tidak mempunyai pendidikan formal. Mereka ini samada belajar sendiri ataupun belajar melalui individu yang berpengalaman. Kelompok ini juga turut sama menyumbang kepada perkembangan dunia seni lukis Malaysia.
Dalam aliran seni lukis formal di Malaysia, kita mengambil sukatan pelajaran daripada barat kerana kita tidak mempunyai sukatan pelajaran sendiri. Oleh kerana itu, aliran seni lukis formal di Malaysia dianggap sebagai ranting daripada aliran dari barat. Walaupun terdapat aliran daripada Asia seperti aliran seni lukis Cina, India dan Islam, biasanua ia hanya diamalkan oleh kelompok etnik tertentu atau pengamal sesuatu fahaman. Tiada pendidikan formal untuk aliran sebegini yang diiktiraf berbanding aliran seni lukis barat.
Bagi kelompok pelukis tanpa pendidikan formal pula pendidikan seni lukis mereka lebih kepada pemerhatian, minat mendalam dan bakat semulajadi. Terdapat juga individu yang berpengalaman menurunkan pengalaman dan kebolehan mereka kepada generasi baru yang belajar daripadanya. Maka kebanyakkan pelukis tanpa pendidikan formal berkarya tanpa dibelengu oleh mana-mana aliran dan penghasilkan karya mereka bercampur-baur dengan pelbagai gaya dan aliran.

Kepelbagaian etnik di Malaysia juga telah memecahkan dunia seni lukis Malaysia kepada beberapa kelompok:

  • Kelompok pertama adalah seni lukis aliran dunia yang diiktiraf yang mana kebanyakkan pengmalnya terdiri daripada mereka yang diiktiraf oleh sekolah-sekolah seni lukis kebangsaan dan mempunyai jaringan dengan pendidikan tinggi peringkat antarabangsa. Pengamalnya terdiri daripada semua etnik di Malaysia.
  • Kelompok kedua ialah seni lukis aliran Asia, antaranya aliran Cina yang mana mereka mempunyai sistem pendidikan sendiri dan diamalkan oleh kaum Cina sahaja. Namun begitu terdapat juga kaum-kaum lain yang belajar seterusnya menjadi pengamal. Bagi kaum India terdapat juga pengamal aliran seni lukis kuno mereka tetapi jumlahnya terlalu sedikit dan biasanya tertumpu kepada seni lukis yang bersifat ritual. Terdapat juga kaum Melayu yang beragama Islam mempelajari aliran seni lukis Islam. Walaupun mendapat sokongan penuh pemerintah, perkembangannya amat perlahan dan agak terpencil. Kekurangan pengamal dan popularity menjadikan aliran ini tidak berkembang dengan pesat serta tidak banyak perubahan yang ketara sejak dahulu lagi, Akibatnya aliran ini terkurung dalam lingkungan agaman dan kepercayaan sahaja.
  • Kelompok ketiga adalah pengamal yang tidak melalui pendidikan formal. Kelompok ini biasanya menumpukan kepada penguasaan kemahiran semata-mata. Kebanyakkan daripada mereka menumpukan kepada perkhidmatan seni lukis seperti melukis potret atau tempahan lukisan hiasan. Mereka tidak ghairah mengambil tahu perkembangan dan gaya semasa seni lukis antarabangsa. Ada juga yang kekal dalam gaya seni lukis yang tipikal untuk satu tempoh yang panjang.
Kesemua kelompok pengiat ini telah mewujudkan dunia seni lukis di Malaysia dan berkembang dengan pesat mengikut arus dunia. Walaupun masih dalam proses pembinaan dan perubahan seni lukis di Malaysia telah menempatkan dirinya sebagai salah ikon budaya negara. Penglibatan pemerintah dalam menyediakan infrastruktur, sokongan dan galakkan banyak membantu pertumbuhan bidang ini.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Contoh: Kritikan II


Tajuk : Corner of the Garden at Montgeron
Karya: Claude Monet
Tahun : 1876-1877
Alat/media : Painting - Oil on Canvas
Saiz: (67-3/4x76 inches) 
Lokasi: State Hermitage Museum in Saint Petersburg, Russia.
Aliran: Impressionism

  
Karya Monet yang bertajuk “Corner of the Garden at Montgeron” di atas dihasilkan antara tahun pada 1876 dengan 1877. Dalam lukisan Monet adalah cat minyak yang dikerjakan di atas kanvas berukuran 67-3/4 x 76 inches.
Teknik yang digunakan ialah impastor iaitu teknik untuk menghasilkan kesan pokok-pokok dalam karya seperti dalam karya yang bersudut di kanan. Karya tersebut dapat memberi tugasan yang baru kepada Claude Monet untuk melukis empat panel hiasan untuk interior rumah grand baru, Chateau de Rottembourg di Montgeron. Beliau menggunakan musim panas di sana untuk mecari motif berdasarkan landscaped grounds dan melukis di luar bilik dengan menggunakan warna yang terang.
Karya ini melihat dari segi hal benda, karya menampilkan gubahan objek-objek semula jadi iaitu bunga dan pokok-pokok. Setiap objek tersebut ditampilkan secara impressionism dengan kadar suasana sama ada dari segi bentuk, komposisi, dan perwarnaan. Perkarya membuat perincian yang teliti bagi menonjolkan sifat tenang terhadap objek tersebut.
Saya suka karya ini kerana secara aspek formalistic iaitu unsur-unsur seni dan prinsip rekaan. Dari segi warna, beliau memberi warna harmoni yang menimbulkan suasuna menarik dan gambaran tersebut dengan jarak yang ada iaitu brushstrokes untuk berasing warna murni yang diliputi dengan siang hari dan hawa seperti warna putih, biru, dan kuning di langit dalam karya tersebut .
Susunan dan reka letak objek-objek berjaya menimbulkan kesan ruang ilusi yang baik. Sebagai contoh menggunakan warna gelap dan warna putih untuk menimbulkan kesan ruang iaitu jarak yang di hadapan atau di belakang. Dalam karya yang bersudut kanan iaitu sungai tersebut dapat menonjol dari warna gelap menimbulkan gambaran menjunam lebih dalam manakala warna putih boleh menonjolkan sinaran dari cahaya matahari. Selain itu, menggunakan warna sejuk untuk memberi suasana yang tenang dan nyaman.
Seterusnya, unsur jalinan tampak dapat dilihat dalam bentuk 2 dimensi dalam karya Claude Monet. Sebagai contoh, jalinan pada langit telah menghasilkan karya lebih menarik, bergaya dan secara tidak berlangsung dapat menimbulkan kesan pergerakan. Dalam unsur-unsur seni, garisan merupakan paling penting dalam setiap karya kerana ia dapat mencipta rupa, jalinan dan corak. Karya ini mempunyai garisan melintang pada air. Ia dapat menggambarkan ketenangan dan ketenteraman.
 Dalam karya Monet, objek-objek tersebut menonjolkan prinsip rekaan. Terutama iaitu imbangan simentri seperti pokok yang dilukis dalam karya yang bersudut di kiri. Bagi saya, karya ini dapat menimbulkan irama dan pergerakan. Sebagai contoh, air dan langit dinampakkan sedang bergerak. Oleh yang demikian, Claude Monet berjaya menunjukkan karya yang bernyawa-nyawa dalam seni tampak 2 dimensi.
Tambahan pula, kontra ditonjolkan dalam karya ini dalam perbezaan warna seperti, kuning dengan hitam di karya tersebut. Beliau juga menggunakan salah satu prinsip rekaan dalam karya ini iaitu penegasan yang seperti bunga tersebut berwarna putih tetapi tepi dan belakang mempunyai warna kuning dan hitam sebagai menimbulkan kesan tersebut.
Sejajar dengan itu, karya ini juga mewujudkan kepelbagaian. Dari segi warna dapat menwujudkan gabungan pelbagai warna seperti bunga-bungaan dalam karya yang bersudut di hadapan, selain daripada kepelbagaian warna, dalam karya juga mempunyai kepelbagaian bentuk, garisan, dan ruang.
Secara keseluruhan, mesej yang Claude Monet hendak menyampaikan kepada kita ialah keindahan alam sekitar yang beliau menerokai di tempat tersebut, suasana yang beliau berasa sangat tenang dan selesa serta kejernihan air  yang bersih pada waktu tersebut.
Dalam kesimpulannya, karya ini yang dilukis oleh Claude Monet memang menarik melalui kritikan di atas. Beliau memang seorang artis yang baik kerana dalam karya tersebut memberi perasaan yang tenang dan selesa kepada saya dalam kecantikan suasana tersebut. Selepas kritikan karya tersebut, karya yang seterusnya memang menarik perhatian saya untuk memerhati karya beliau.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS