Catan mengikut aliran perkembangan seni visual mengikut zaman

Zaman Pertengahan


  • tidak bersifat individu, karya tidak diletakan nama pengkarya
  • subjek utama: keagamaan yang terdapat dalam penceritaan kitab keagamaan. Contohnya: Kitab Bible.
  • Catan kebanyakannya dilukis pada kulit binatang.
  • Media: Cat air, dakwat, tempera.
Renaissance
  • Perkembangan catan paling pesat pada abad ke-15 dan 16.
  • Catan dihasilkan di gereja, bangunan awam dan rumah-rumah persendirian.
  • Subjek utama: figura manusia dan imej agama kristian
  • teknik utama: Chioroscuro - kesan cerah yang seolah-olah datang dari luas kanvas dari latar yang gelap dan kesamaran. Menimbulkan kesan tiga dimensi dalam ruang atmosfera.
  • Sfumato: olahan cahaya terang gelap dan teknik kekaburan cahaya dan penggunaan warna lembut.
  • Perspektif Linear: gambaran horizon secara sistematik untuk mempersembahkan lukisan secara tepat berdasarkan sudut pandangan mengikut aras mata dan perspektif.
  • Media: fresco, cat minyak dan tempera
Baroque
  • Subjek utama: imej keagamaan yang bersifat ilusi atau khayalan untuk membawa audiens ke syurga, figura manusia dan latar belakang seperti landskap.
  • Teknik utama: Tenebrism - kontra terang gelap yang tinggi dan memberi kesan kepada bentuk, ruang dan kesan ke atas cerita. Contohnya, kesedihan dan simpati pada cerita yang digambarkan.
  • Media: cat minyak
Rokoko
  • Subjek utama: seni hias di istana yang melambangkan kemewahan dan kisah percintaan. Subjek diolah daripada petikan cerita-cerita hikayat dan agama dan landskap serta potret individu.
  • Contoh: di taman-taman bunga dan dalam istana
  • Teknik utama: secco su fresco
  • Media: cat minyak
Neo-Klasik (1770-1820)
  • Lahir pada penghujung abad ke-18 dan berkembang pada awal abad ke-19
  • Memperjuangkan moral dan kisah tentang patriotik
  • Memperjuangkan suara rakyat melalui anutan fahaman humanisme dan idealismenya
  • Subjek utama: menceritakan subjek berkaitan sejarah dan hikayat Yunani dan Romawi
  • Media: Cat minyak
Romantissisme (1800-1850)
  • Merujuk kepada kemuliaan, sentimen terhadap wira dan kepujian terhadap sesuatu. Ia tidak merujuk kepada perkataan asal 'romance' yang mengisahkan percintaan
  • Subjek utama: imej sejarah, keindahan landskap, perasaan simpati, kejujuran dan suasana perang
  • Mementingkan ketepatan gambaran dari segi perasaan, emosi dan suasana perang
  • Penggunaan warna yang kelam dan murung menimbulkan karya yang lebih dramatik
  • Media: Cat minyak
Realisme (1850-1880)
  • Menolak gambaran secara tradisional dan fiksyen
  • Subjek utama: rakaman alam semula jadi dan situasi sebenar kehidupan harian
  • Teknik merakam imej secara realistik dan mementingkan ketepatan dan kebenaran apa yang dilihat oleh mata
  • Media: Cat minyak
Impressionisme (1870-1880)
  • Menolak gambaran secara tradisional dan khayalan dalam keagamaan
  • Subjek utama: rakaman alam semula jadi, kehidupan seharian dan benda-benda di persekitaran
  • Teknik merakam imej dengan mementingkan rakaman cahaya dan campuran warna yang mengambarkan kesan cahaya yang jatuh pada sesuatu imej yang dilukis
  • Media: Cat minyak
Post-Impressionisme (1880-1905)
  • Menolak gambaran secara tradisional dan khayalan dalam keagamaan dan mula bersifat emosi individu
  • Subjek utama: rakaman alam semula jadi, kehidupan seharian dan benda-benda di persekitaran
  • Teknik: gabungan warna yang mementingkan kepada kajian bentuk sesuatu benda, ekspresi emosi melalui gabungan warna dan bersifat individu seperti gambaran perasaan takut, tegang dan misteri
  • Media: Cat minyak
Fauvisme (1905)
  • Subjek utama: merakam pelbagai imej yang menggambarkan potret, figura manusia, landskap dan alam benda
  • Teknik: mementingkan kespontanan, penggunaan warna yang terang dan cerah. Tidak mementingkan ruang sebenar tetapi mementingkan perasaan dan emosi yang lahir ketika imej tersebut dilukis. Warna tidak natural, menggunakan warna terus daripada tiup warna
  • Media: Cat minyak
Ekspressionisme (1905)
  • Subjek utama: merakam pelbagai imej yang menggambarkan potret, figura manusia, landskap dan alam benda
  • Teknik: imej dipermudahkan, diolah secara ekspresif, sapuan warna yang kasar dan garang, melahirkan luahan perasaan seperti kemaharan, menakutkan, emosional, dan imej diolah secara abstrak.
  • Media: Cat minyak dan media campuran
Kiubisme (1907)
  • Subjek utama: merakam pelbagai imej yang menggambarkan potret, figura manusia, landskap dan alam benda
  • Teknik: pencarian baru dan kefahaman dalam seni tampak. Subjek dipecahkan kepada pelbagai satah atau kiub
  • Media: Cat minyak dan media campuran
Futurisme (1910)
  • Subjek utama: merakam imej yang berkaitan dengan perkembangan teknologi, gerakan manifestasi kemajuan, teknologi dan sains
  • Media: Cat minyak dan media campuran
Dadaisme (1917)
  • Subjek utama: gerakan yang lahir akibat Perang Dunia Pertama, menentang peperangan dan kezaliman serta protes terhadap kezaliman
  • Teknik: melahirkan imej yang seolah-olah tidak bermakna, iaitu gambaran kepada suasana akibat peperangan dan kehidupan manusia menjadi seolah-olah tidak bermakna
  • Media: Cat minyak dan media campuran
Surealisme (1920-an)
  • Subjek utama imej khayalan, bawah sedar dan alam mimpi, bersifat imej simbolik
  • Media: Cat minyak dan media campuran
Abstrak Ekspresionisme (1940-an)
  • Gerakan yang lahir akibat Perang Dunia Kedua, menentang peperangan dan kezaliman serta protes terhadap kezaliman
  • Luahan perasaan yang dilahirkan melalui sapuan berus yang spontan dan bebas. Melibatkan aksi dan pergerakan badan dalam penghasilan karya.
  • Media: Cat minyak dan media campuran
Seni Pop (1960-an)
  • Gerakan yang lahir pertengahan tahun 50-an, lahir di Britain dan Amerika Syarikat
  • Subjek utama: imej popular seperti: artis, pemimpin, benda komersill seperti minuman coca-cola dan lain-lain
  • Media: Cat minyak dan media campuran



** Gain your new knowledge **

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Catan mengikut aliran perkembangan seni visual mengikut zaman"

Post a Comment