Lukisan Tamadun Jepun

Jepun merupakan sebuah negara kepulauan yang mempunyai keadaan semula jadi yang amat sesuai untuk perkembangan sebuah tamadun sehingga mampu dikenali sebagai suatu bangsa yang kuat dan negara yang hebat sama ada dari aspek politik, ekonomi, kebudayaan dan sosial. Masyarakat Jepun amat menyedari kepentingan warisan tinggalan nenek moyang mereka dan ikatan atau hubungan mereka dengan tanah besar Asia walaupun secara realitinya mereka menjalani kehidupan yang berasingan iaitu sebagai masyarakat kepulauan. Selain itu, aspek lain yang amat penting dengan masyarakat awal Jepun ialah kepekaan mereka terhadap sifat-sofat kedewaan. Misalnya, keindahan alam semula jadi yang terdapat di Jepun dianggap sebagai satu anugerah daripada dewa kepada kepulauan Jepun. Hal ini demikian kerana secara legendanya, masyarakat Jepun mempercayai mereka berasal daripada Dewi Matahari iaitu bukan sahaja keturunan, tetapi meliputi asal-usul tanah dan negara Jepun itu sendiri. Kepercayaan asal-usul ini juga boleh dibuktikan melalui makna Nihon (Nippon) dalam bahasa Jepun yang membawa maksud asal matahari iaitu matahari terbit.




Hiroshige yang terlahir bernama Ando Juemon adalah dari keluarga biasa yang hidup dalam bersederhana. Namun pada umur 13 tahun, ia bersama kedua adiknya telah menjadi yatim-piatu dan harus menghadapi dunia fana yang tiada menentu. Setelah mengalami kegagalan akhirnya ia diterima disebuah sanggar seni seorang seniman ternama bernama Toyohiro, waktu itu ia berumur 15 tahun. Gurunya dapat mengetahui bakat si anak yang luar biasa dan wataknya yang lurus, sehingga ia diberi gelaran sebuah nama iaitu Hiroshige. Hiroshige yang terdiri dari dua huruf Kanji (aksara Han Tiongkok), huruf pertamanya diambil dari namanya sendiri dan yang kedua dari nama si anak. Tak lama kemudian, si anak menerbitkan hasil karya seni perdananya. Waktu itu ia baru berumur 16 tahun.







Dari tahun 1780 sampai dengan tahun 1800 merupakan zaman keemasan kesenian Ukiyo-e dimana banyak seniman terkenal seperti Hokusai, Utamaro dan gurunya sendiri saling bersaing menyempurnakan seni aliran ini. Seni lukisan Ukiyo-e (genre paintings) adalah lukisan berdasarkan kejadian sehari-hari. Namun seperti yang terjadi di negara Eropah, seni hanya disajikan dan dinikmati oleh kalagan elit dari masyarakat Edo (Tokyo). Oleh kerana itu, tema lukisan berkisar kehidupan para bangsawan atau figure wanita selebriti sedangkan lukisan pemandangan dengan kehidupan rakyat kurang diminati. Namun di zaman Edo berikutnya yang disebut zaman kemunduran terjadi populerisasi-an seni ke masyarakat luas sehingga terjadi lonjakan permintaan atas barang seni. Zaman kemunduran yang berkaitan dengan kejatuhan ekonomi menyebabkan segala percetakan harus dilakukan dalam jumlah besar untuk mencapai "economic of scale". Sehingga satu-satunya cara adalah memasarkan hasil seni kepada masyarakat luas dengan harga tinggi. Hiroshige yang berkarya di zaman ini mendapat keuntungan tambahan kerana bukan saja ia berbakat lebih dari itu tema lukisannya mengenai rakyat. Dalam lukisan-lukisan 53-Tahapan Tokaido misalnya ia menggambarkan aktiviti masyarakat Edo yang gemar mengembara mengunjungi tempat-tempat termasyhur dan tempat suci untuk beribadah walaupun harus menempuh perjalanan yang jauh. Oleh kerana itu, Hiroshige juga dikenang sebagai seniman yang banyak berpenat lelah dalam merakyatkan seni ke masyarakat Jepun.


Menurut perputaran kehidupan kosmik yang menggariskan kehidupan manusia atas dasar perputaran 60 tahun (sexagenary cycle), mencapai umur 60 tahun adalah waktu bagi seseorang memikirkan apa yang telah ia capai dan menatap kehidupan berikutnya dan kiranya itupun yang mungkin telewat dalam benak si anak genius. Setelah berkarya seni sepenuhnya, Hiroshige meninggal dengan tenang di umur 62. Ia dikebumikan di Vihara Togakuji yang terkenal di Kota Edo (sekarang Tokyo).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Lukisan Tamadun Jepun"

Post a Comment