CETAKAN


DEFINISI CETAKAN
  • Cetakan ialah proses terapan blok/plat. Proses melibatkan penciptaan plat mhasilkan pelbagai imej. Kesan permukaan yg dicetakdilakukan  ke atas bahan2 spt:-  linoleum, styrofoam, logam, kadbod dll.
  • Blok/plat cetakan disediakan dgn memotong, mengguris, etching & melukis.
  • Dakwat diletakkan ke atas blok/plat tersebut dgn pelbagai teknik.
  • Kertas dicetak dgn cara menekap keatas blok melalui gosokan tangan / mgunakan mesin􀈱 cetak.
  • Cetakan mempunyai keistimewaan keana dapat menghasilkan beberapa keping hasilan yg sama disebut edisi.

Sejarah Cetakan
Bermula pada 3000 SM apabila cetakan timbul telah dihasilkan oleh org Sumeria dgn salinan imej kulit kerang di atas tanah liat yg bbtk 4 segi. Teknik cetakan kayu paling awal muncul di Negara China pd kurun ke 8. Cetakan bkembang di Eropah thn 1418 utk mencetak rekaan pd kain. Cetakan dikembangkan utk kegunaan pendidikan, keagamaan,propaganda & tekstil utk pakaian. Cetakan berwarna diperkenalkan pda kurun ke-15 Masihi  Di Malaysia, cetakan bermula dgn mencetak kain batik sarung.

Umumnya, cetakan dibahagikan kpd :-
cetakan timbulan, benaman, cetakan planograf dan cetakan stensil, saringrafi/Sutera Saring. Cetakan blok kayu buatan tangan muncul pada abad ke7 Masihi Industri cetakan mono blok kayu buatan tgn berkembang di Barat abad-14 Di Malaysia, cetakan kayu diguna utk mencetak kain sarung (kain terap hitam) sebelum kaedah  lilin dari Jawa diperkenalkan. Kini, Industri cetakan yg mgabungkan teknik canggih melalui pembantuan perisian komputer .

Contohnya: Siri cetakan blok terawal di Barat (1474) untuk tujuan keagamaan

TOKOH CETAKAN
Edvard Munch (1863 – 1944)
Edvard Munch dilahirkan di Loten, Norway pada 1863.
Beliau pelukis catan aliran ekspresionisme. Karyanya lebih berfokus kpd figura manusia. Hasil karya beliau,   The Kiss (1902), The SickChild’ (1886), The Frieze of Life’(1892), The Blue Raider.

Redza Piyadasa (1939)
Dilahirkan Kuantan, Pahang 1939. Tahun 1958 mdapat  pendidikan seni d Maktab􀈱 Perguruan Brinsford Lodge, England. Tahun 1962 di MPerguruan Ilmu Khas, KualaLumpur. Pd 1963 – 1967 melanjutkan pengajian Hornesy College of Art,London. Pd 1975–1977 Menuntut University of Hawaii, Amerika Syarikat. Pensyarah seni Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. “Keluarga Baba” merupakan salah satu karyanya yg agung.
Contoh karya: Keluarga Baba, 1986
The Haji Family, 1990

Juhari Muhammad Said

JENIS-JENIS CETAKAN
Cetakan Timbulan (Relief)
  • Proses  m'buat cetakan dgn meletakkan dakwat atau warna pada permukaan tapak cetakan yg biasanya terdiri drpd blok kayu/lino.
  • Hasil permukaan acuan mrupakan imej yg terhasil di permukaan kertas. 
Contoh cetakan ialah:
a) Cetakan Kayu 
b) Cetakan Lino
c) Cetakan Kolograf
d) Cetakan Kolaj


Cetakan Stensil atau Skrin
  • Cetakan memerlukan kain sutera yg direnggangkan diatas pemidang kayu. 
  • Cetakan Sutera Saring/Stensil ada  beberapa kaedah iaitu:-
a) Kaedah Potongan Kertas Pendua
b) Kaedah Filem Leker
c) Kaedah Skrin Foto


Cetakan Lithografi / Planograf / Cetakan datar
  • Cetakan ini  mgunakan blok batu kapur sebagai blok persembahan imej. Teknik yg digunakan ialah teknik penolakkan minyak dgn air.
  • Kekalisan antara air & minyak mhasilkan cetakan seakan lukisan pensil. Cetakan dibuat mgunakan mesen cetak.

Cetakan Benaman ( Intaglio )
  • Cetakan benaman dakwat atau warnanya didalam ukiran turisan yg akan menjadi imej. 
  • Merupakan proses membuat cetakan melalui cara mengukir pd  plat Logam/kayu 
  • meletakkan dakwat/warna ke dlm hasil turisan. 
  • Berlawanan dengan cetakan timbulan.
  • cetakan timbulan: dakwat atau pewarna di atas permukaan yang timbul manakala cetakan benaman: dakwat atau warnanya di dalam ukiran turisan yang akan menjadi imej.
Contoh ialah:-
a) Kaedah Turisan (Engraving)
b) Kaedah Gurisan Asid(etching)
c) Kaedah Akuantin (aquantint)
d) Kaedah Mesotin (mezzotint)

Cetakan Gurisan Asid
  • Cetakan asid pertama kali awal kurun 16 . 
  • Selepas asid diketahui boleh digunakan untuk mengguris imej ke dlm kepingan logam. 
  • Antara tokoh-tokoh: Rembrandt Van Rijn, Francisco Goya dan Pablo Picasso 
  • Corak gurisan  yang dihasilkan diatas permukaan logam yang telah disapu dgn sejenis bahan yg kalis asid. Gurisan dibuat dgn jarum etching diatas permukaan logam. Mesin digunakan utk menghasilkan cetakan jenis ini.

Cetakan Kayu
  • Kaedah yg paling awal. Muncul d China kurun ke8. Berkembang ke  Eropah 1418 Masihi, utk mencetak rekaan pd kain. Kemudian, dikembangkan utk kegunaan pendidikan, keagamaan, propaganda & tekstil utk pakaian. Cetakan berwarna diperkenalkan kurun15M.
  • Manakala kurun16, cetakan muncul & mencapai status sebagai satu bentuk seni yg penting dgn penghasilan karya Albrecht Durer & karyawan Eropah.
  • Di Malaysia,cetakan bermula dgn mencetak kain sarung mudah & murah. Cara & teknik sama dgn cetakan lino. Perbezaannya hanya cetakan Kayu mgunakan kayu yg kesan cetakannya berair manakala cetakan lino mgunakan lino kesannya yg licin. Permukaan  kayu yg  berira ini membawa kesan yg tersendiri yg menarik.

Cetakan Lino
  • Kaedah & proses sama dgn cetakan kayu iaitu kaedah cetakan timbul. 
  • Bezanya hanya imej yg hendak dicetak diukir dgn pahat pengukir di atas lino manakala kaedah cetakan kayu  ukiran dibuat diatas blok kayu.

Cetakan Lithografi
Cetakan dicipta pd 1798 oleh Aloys Senefelder. Pada 1890an, cetakan ini telah muncul dlm karya yg penuh artistik, iaitu dlm btk warna oleh Piere Bonnard & Henri de Toulouse Leutrec. Juga dikenali sebagai cetakan􀈱Plonografi Cetakan datar mgunakan blok batu  kapur sbgi blok persembahan imej. Teknik yg digunakan teknik penolakan minyak dgn air. Kekalisan antara air & minyak dpt mhasilkancetakanseakan lukisan pensil. Cetakan dibuat mgunakan mesin cetak.

Cetakan Sutera Saring
Juga dikenali sebagai cetakan stensil & sarigrafi. Ia memerlukan  kain sutera (organdi) yg diregangkan pada pemidang. Imejnya dihasilkan melalui keratan kertas pendua, filem leker/skrin foto. Ia mgunakan sekuji utk menyapu dakwat/warna diatas pmukaan kertas. Beberapa kaedah ialah:
a) Kaedah potongan kertas pendua
b) Kaedah Filem leker
c) Kaedah Lilin
d) Kaedah Sutera Saring

a) Kaedah Potongan Kertas Pendua
-Kaedah yg paling ringkas & mudah. Sediakan  sebuah pemidang skrin. Lukis & gunting imej atas kertas pendua. Semasa mencetak, letakkan imej yg telah dipotong diatas kertas permukaan dasar yg hendak dicetak. Pemidang skrin diletakkan diatasnya sebelum dituangkan dakwat/warna.
-Gunakan sekuji utk mratakan warna diatas pemidang skrin. Angkat perlahan pemidang skrin.
-Biasanya imej yg dipotong terlekat pada belakang pemidang skrin.
-Cetakan tidak boleh mhasilkan edisi yg banyak kerana kertas pendua yg dipotong itu akan lembap & menyebabkan dakwat/warna terkeluar.

b) Kaedah Filem Laker
Langkah1 : Sediakan lakaran imej. Kemudian lukis imej pd muka belakang filem leker
Langkah2 : Potong & keluarkan bhgn2 yg hendak didakwatkan /diwarnakan dgn pisau pemotong NT. Filem leker ini mpunyai dua lapisan. Satu lapisan berlilin & satu lapisan kertas biasa.
Bahagian yg dipotong ialah  bahagian yg berlilin.
Langkah3 : Setelah selesai mgeluarkan bhgian yg ditembusi dakwat/warna, kertas filem leker itu diletakkan dibawah pemidang yg telah tersedia dgn kain sutera. Kemudian, digosok dgn seterika elektrik yg sederhana panas. Semasa mggosok, bhgian yg berlilin (leker) akan melekat pada pemidang, sementara kertas biasa(lutsinar) bolehlah ditarik keluar. Kerja ini hendaklah dilakukan dgn berhati2 hati.
Langkah4 : Kemudian,gamkan bhagian tepi leker dgn pepenjuru kertas.Setelah selesai, pemidang filem leker boleh digunakan utk
mencetak.



PROSES MENCETAK CETAKAN LINO
ALAT & BAHAN UNTUK CETAKAN KAYU & LINO
a) Warna lino,  b) Kertas,   c) Sudu,   d) Berus,   e) Blok Kayu, f) Lino,   g) Penahan   h) Pahat,   i) Penggelek
Kertas  keras, papan lapis, pisau pemotong, pembaris, gam digunakan untuk membuat alasuntuk cetakan.Bahan ini sangat penting dalam proses mencetak kerana ia dapat Mbantu & memudahkan kita membuat tindihan warna yg kedua.

LANGKAH1 :  Membuat lakaran & mengukir diatas lino.
 Pastikan bahagian yg dibuang tidak akan menerima warna

LANGKAH2 : Blok lino disapu dgn dakwat lino. Pastikan sapuan warna rata utk mdapatkan kualiti cetakan yg bmutu & kemas. Warna cerah digunakan utk lapisan pertama.

LANGKAH3 : Blok lino diletakan di atas penahan kemudian  letakkan kertas diatasnya. Pastikan arah & kedudukan yg betul mengikut sukatan yg ditelah dibuat pada penahan. Ini ntuk memudahkan proses tindihan warna yg  seterusnya disamping menjaga mutu &kekemasan hasil cetakan. Dengan mgunakan sudu gosok berhati2 hati diatas kertas tadi. Gosokan hendaklah rata dan tidak terlalu kuat.

 
LANGKAH4(TINDIHAN WARNA KEDUA) : Blok Lino dicuci kemudian diukir semula Ulang langkah dua, & tiga.
Pastikan kedudukan kertas diatas blok lino sama dgn corak pertama.
Warna yg lebih gelap digunakan utk tindihan kedua.

LANGKAH5 : Hasil cetakan digantung utk mengeringkannya

CETAKAN MGUNAKAN BAHAN ALAM (CETAKAN KENTANG)
Bahan:Kentang, warna air dan kertas
Alatan:Gunting,pisau,berus dan span
Langkah1 : Potong kentang kepada dua bhgian. Bentuk corak di permukaannya dgn mgunakan pisau. Sapukan warna dipermukaan kentang yg telah siap dibentuk coraknya. Bentukkan aliran corak yg sesuai  dgn mencetak dipermukaan kertas. Corak yg telah siap digunakan sebagai penghias baling dan sebagainya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "CETAKAN"

Post a Comment