Contoh: Kritikan I


Tajuk : Gadis Penumbuk Padi
Tahun : 1959
Alat/media : Arang dan pastel di atas kertas


Karya Hossein Enas yang bertajuk ‘Gadis Penumbuk Padi” di atas memberi gambaran wanita atau gadis yang sedang melakukan kerja tradisi masyarakat melayu di kampung.Gambaran wanita bekerja yang dihasilkan menunjukkan kekuatan dan jati diri yang ada pada seorang isteri atau anak gadis dalam membantu mencari nafkah bagi menyara keluarga dalam masyarakat setempat.

Lukisan ini juga pada saya, menggambarkan sikap berdikari yang dimiliki oleh anak gadis melayu yang menjadi kekuatan kepada satu-satu keluarga dalam menyara kehidupan. Pakaian yang dipakai pula memberi gambaran tekstil masyarakat setempat yang dihasilkan daripada pengalaman seniman itu sendiri.Ia juga menggambarkan aturan kehidupan masyarakat dan bangsa melayu.

Di dalam lukisan ini,pelukis menggunakan arang dan pastel sebagai alat utama dalam menghasilkan nukilannya.lukisan ini dihasilkan diatas sekeping kertas lukisan. Warna tanah yang dipilih memberi kesan yang baik terhadap hasil karya tersebut.

Karya yang dihasilkan oleh Hossein Enas ini menjelaskan kepada kita bahawa beliau seorang yang begitu kreatif mengolah garisan dan berjaya menampakkan suatu suasana tradisi yang dapat kita gambarkan akan budaya disebalik lukisan tersebut.Palitan warna yang bersesuaian dengan gelap terang garisan menampakkan kejituan hasil karya beliau.

Dari segi bentuk pula saya berpendapat bahawa karya ini berbentuk ilusi.Ini kerana hasil karya ini berdasarkan pemerhatian dan pengalaman pelukis berada dalam masyarakat melayu yang mengamalkan tradisi tertentu sesuatu bangsa.Dari segi jalinan pula,dalam karya ini lebih menjurus kepada jalinan tampak pada catan yang dihasilkan.

Gubahan warna yang dihasilkan dalam karya ini begitu menarik sekali. Penggunaan ton warna yang bersesuaian dapat menghasilkan kawasan yang terang dan gelap dengan baik sekali dan begitu neutral dan semulajadi.

Dalam karya yang dihasilkan ini unsur harmoni jelas dapat dilihat pada penggunaan warna yang dihasilkan.Pelukis pandai memainkan warna agar kelihatan bersahaja dan santai.

Dari segi penegasan pelukis membuat penegasan dari segi warna dimana terdapat warna yang agak terang dan ada sudut tertentu pelukis menggunakan warna yang agak gelap untuk menimbulkan suatu suasana kontra dan dapat menjadikan karya yang dihasilkan lebih menarik.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Contoh: Kritikan I"

Post a Comment