Contoh: Kritikan II


Tajuk : Corner of the Garden at Montgeron
Karya: Claude Monet
Tahun : 1876-1877
Alat/media : Painting - Oil on Canvas
Saiz: (67-3/4x76 inches) 
Lokasi: State Hermitage Museum in Saint Petersburg, Russia.
Aliran: Impressionism

  
Karya Monet yang bertajuk “Corner of the Garden at Montgeron” di atas dihasilkan antara tahun pada 1876 dengan 1877. Dalam lukisan Monet adalah cat minyak yang dikerjakan di atas kanvas berukuran 67-3/4 x 76 inches.
Teknik yang digunakan ialah impastor iaitu teknik untuk menghasilkan kesan pokok-pokok dalam karya seperti dalam karya yang bersudut di kanan. Karya tersebut dapat memberi tugasan yang baru kepada Claude Monet untuk melukis empat panel hiasan untuk interior rumah grand baru, Chateau de Rottembourg di Montgeron. Beliau menggunakan musim panas di sana untuk mecari motif berdasarkan landscaped grounds dan melukis di luar bilik dengan menggunakan warna yang terang.
Karya ini melihat dari segi hal benda, karya menampilkan gubahan objek-objek semula jadi iaitu bunga dan pokok-pokok. Setiap objek tersebut ditampilkan secara impressionism dengan kadar suasana sama ada dari segi bentuk, komposisi, dan perwarnaan. Perkarya membuat perincian yang teliti bagi menonjolkan sifat tenang terhadap objek tersebut.
Saya suka karya ini kerana secara aspek formalistic iaitu unsur-unsur seni dan prinsip rekaan. Dari segi warna, beliau memberi warna harmoni yang menimbulkan suasuna menarik dan gambaran tersebut dengan jarak yang ada iaitu brushstrokes untuk berasing warna murni yang diliputi dengan siang hari dan hawa seperti warna putih, biru, dan kuning di langit dalam karya tersebut .
Susunan dan reka letak objek-objek berjaya menimbulkan kesan ruang ilusi yang baik. Sebagai contoh menggunakan warna gelap dan warna putih untuk menimbulkan kesan ruang iaitu jarak yang di hadapan atau di belakang. Dalam karya yang bersudut kanan iaitu sungai tersebut dapat menonjol dari warna gelap menimbulkan gambaran menjunam lebih dalam manakala warna putih boleh menonjolkan sinaran dari cahaya matahari. Selain itu, menggunakan warna sejuk untuk memberi suasana yang tenang dan nyaman.
Seterusnya, unsur jalinan tampak dapat dilihat dalam bentuk 2 dimensi dalam karya Claude Monet. Sebagai contoh, jalinan pada langit telah menghasilkan karya lebih menarik, bergaya dan secara tidak berlangsung dapat menimbulkan kesan pergerakan. Dalam unsur-unsur seni, garisan merupakan paling penting dalam setiap karya kerana ia dapat mencipta rupa, jalinan dan corak. Karya ini mempunyai garisan melintang pada air. Ia dapat menggambarkan ketenangan dan ketenteraman.
 Dalam karya Monet, objek-objek tersebut menonjolkan prinsip rekaan. Terutama iaitu imbangan simentri seperti pokok yang dilukis dalam karya yang bersudut di kiri. Bagi saya, karya ini dapat menimbulkan irama dan pergerakan. Sebagai contoh, air dan langit dinampakkan sedang bergerak. Oleh yang demikian, Claude Monet berjaya menunjukkan karya yang bernyawa-nyawa dalam seni tampak 2 dimensi.
Tambahan pula, kontra ditonjolkan dalam karya ini dalam perbezaan warna seperti, kuning dengan hitam di karya tersebut. Beliau juga menggunakan salah satu prinsip rekaan dalam karya ini iaitu penegasan yang seperti bunga tersebut berwarna putih tetapi tepi dan belakang mempunyai warna kuning dan hitam sebagai menimbulkan kesan tersebut.
Sejajar dengan itu, karya ini juga mewujudkan kepelbagaian. Dari segi warna dapat menwujudkan gabungan pelbagai warna seperti bunga-bungaan dalam karya yang bersudut di hadapan, selain daripada kepelbagaian warna, dalam karya juga mempunyai kepelbagaian bentuk, garisan, dan ruang.
Secara keseluruhan, mesej yang Claude Monet hendak menyampaikan kepada kita ialah keindahan alam sekitar yang beliau menerokai di tempat tersebut, suasana yang beliau berasa sangat tenang dan selesa serta kejernihan air  yang bersih pada waktu tersebut.
Dalam kesimpulannya, karya ini yang dilukis oleh Claude Monet memang menarik melalui kritikan di atas. Beliau memang seorang artis yang baik kerana dalam karya tersebut memberi perasaan yang tenang dan selesa kepada saya dalam kecantikan suasana tersebut. Selepas kritikan karya tersebut, karya yang seterusnya memang menarik perhatian saya untuk memerhati karya beliau.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Contoh: Kritikan I


Tajuk : Gadis Penumbuk Padi
Tahun : 1959
Alat/media : Arang dan pastel di atas kertas


Karya Hossein Enas yang bertajuk ‘Gadis Penumbuk Padi” di atas memberi gambaran wanita atau gadis yang sedang melakukan kerja tradisi masyarakat melayu di kampung.Gambaran wanita bekerja yang dihasilkan menunjukkan kekuatan dan jati diri yang ada pada seorang isteri atau anak gadis dalam membantu mencari nafkah bagi menyara keluarga dalam masyarakat setempat.

Lukisan ini juga pada saya, menggambarkan sikap berdikari yang dimiliki oleh anak gadis melayu yang menjadi kekuatan kepada satu-satu keluarga dalam menyara kehidupan. Pakaian yang dipakai pula memberi gambaran tekstil masyarakat setempat yang dihasilkan daripada pengalaman seniman itu sendiri.Ia juga menggambarkan aturan kehidupan masyarakat dan bangsa melayu.

Di dalam lukisan ini,pelukis menggunakan arang dan pastel sebagai alat utama dalam menghasilkan nukilannya.lukisan ini dihasilkan diatas sekeping kertas lukisan. Warna tanah yang dipilih memberi kesan yang baik terhadap hasil karya tersebut.

Karya yang dihasilkan oleh Hossein Enas ini menjelaskan kepada kita bahawa beliau seorang yang begitu kreatif mengolah garisan dan berjaya menampakkan suatu suasana tradisi yang dapat kita gambarkan akan budaya disebalik lukisan tersebut.Palitan warna yang bersesuaian dengan gelap terang garisan menampakkan kejituan hasil karya beliau.

Dari segi bentuk pula saya berpendapat bahawa karya ini berbentuk ilusi.Ini kerana hasil karya ini berdasarkan pemerhatian dan pengalaman pelukis berada dalam masyarakat melayu yang mengamalkan tradisi tertentu sesuatu bangsa.Dari segi jalinan pula,dalam karya ini lebih menjurus kepada jalinan tampak pada catan yang dihasilkan.

Gubahan warna yang dihasilkan dalam karya ini begitu menarik sekali. Penggunaan ton warna yang bersesuaian dapat menghasilkan kawasan yang terang dan gelap dengan baik sekali dan begitu neutral dan semulajadi.

Dalam karya yang dihasilkan ini unsur harmoni jelas dapat dilihat pada penggunaan warna yang dihasilkan.Pelukis pandai memainkan warna agar kelihatan bersahaja dan santai.

Dari segi penegasan pelukis membuat penegasan dari segi warna dimana terdapat warna yang agak terang dan ada sudut tertentu pelukis menggunakan warna yang agak gelap untuk menimbulkan suatu suasana kontra dan dapat menjadikan karya yang dihasilkan lebih menarik.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Akademi Seni Lukis Nanyang, Singapura


Susunan Mazlan A. Karim

Sejarah Penubuhan

Safrizal Shahir (2005) menjelaskan bahawa Akademi Seni Lukis Nanyang, juga dikenali sebagai Nanyang Academy of Fine Arts ini ditubuhkan pada tahun 1938 oleh Lim Hak Tai dan rakan-rakannya merupakan institusi latihan seni halus formal yang pertama di Tanah Melayu. Kumpulan pelukis dan tenaga pengajar awal yang biasa dikaitkan dengan institusi ini ialah Lim Hak Tai, Cheong Sooi Peng, Chen Wen Hsi, Georgette Chen Li Ying, Chen Chong Swee dan Kuo Ju Ping. Kumpulan ini telah membina gelombang yang besar dalam perkembangan dan sejarah seni lukis moden Malaysia dari aspek kegiatan, pengkaryaan dan pendidikan seni. Pelbagai paparan diketengahkan oleh pelukis Akademi. Paparan tampak itu secara semangatnya amat tempatan menerusi tema lanskap dan alam benda secara nyata. Dr. Tan Chee Khuan (1994) menyifatkan Lim Hak Tai seorang yang berwawasan kerana tidak mengambil kesempatan tetapi sebagai pemangkin menerusi institusi yang ditubuhkan. 

Hassan Mohd. Ghazali (1999) mencatatkan bahawa penubuhan Akademi ini adalah antara yang terawal selepas beberapa persatuan seni lukis ditubuhkan sejak awal 1920-an.  Walaupun seni lukis di Tanah Melayu bermula sejak zaman penjajahan British tetapi kegiatan seni lukis di institusi pengajian tempatan hanya bermula dengan tertubuhnya Penang Free School pada 1816.  Selepas itu, beberapa institusi iaitu Maktab Perguruan Sultan Idris pada 1922, kumpulan Penang Impresionist di Pulau Pinang tahun 1928, Persatuan Pelukis Cina atau United Artist Malaysia tahun 1929 dan Penang Chinese Art Club tahun 1936.  Menurutnya lagi, Kegiatan pelukis Nanyang ini banyak dipengaruhi oleh lukisan-lukisan dari negara China.  Menurut Dr. Tan Chee khuan (1994), sebahagian tenaga pengajar yang awal di Akademi adalah pelukis-pelukis cina Singapura yang bergabung menerusi kumpulan Salon Art Studies Society.  Mereka mendapat pendidikan di sekolah-sekolah seni seperti Sekolah Seni Halus Shanghai, Sekolah Seni Shanghai dan Universiti Seni Shanghai. T.K. Sabapathy (1983) menyifat Akademi ini adalah pusat pendidikan formal yang pertama dalam bidang seni.  Antara pelukis-pelukis awal tanahair yang mendapat pendidikan formal di Akademi  terutamanya dalam bidang cat minyak seperti Kuo Ju-Ping, Chung Chen Sun, Lai Foong Moi, Chew Laitong, Jehan Chan, Tan Choon Ghee, Khoo Sui-Hoi and Lu Chon. 

Pembelajaran di Akademi terhenti ketika perang dunia kedua pada tahun 1941 tetapi disambung semula dan telah bertukar tempat.  Hassan Mohd. Ghazali (1999) mencatatkan bahawa Akademi ini dibuka di sebuah bilik kecil bertentangan dengan taman hiburan Gay World di Geylang, Singapura pada tahun 1937.  Setahun kemudian berpindah ke bangunan yang terletak di 93, Jln. Seranggon, Singapura.  Selepas perang kedua tamat, Akademi disambung semula pada tahun 1946 dan berpindah tempat di 49, St. Thomas Walk, Singapura.  Ketika itu, Akademik diterajui oleh Tseng Chee Dahy dan Tsi Yan Fu sebagai lembaga pengarah yang meneruskan cita-cita akademik. 




Pelukis-Pelukis Nanyang Dan Stail


Menurut Muliyadi Mahamood (2003), perkembangan awal seni cetak kontemporari tanahair boleh dirujuk kepada kegiatan seni cetak potongan kayu oleh pelukis-pelukis Akademik Seni Lukis  Nanyang di Singapura seperti Lim Yew Kuan, Chuah Mia Tee dan Tan Tee Chie.  Karya cetakan mereka telah mengambil tema atau menggambarkan suasana kehidupan masyarakat, seperti kehidupan buruh kasar, peniaga dan kehidupan penduduk di kawasan setinggan dan kampung melayu.  Menurutnya lagi bahawa tema sedemikian diambil adalah kerana disebabkan oleh prinsip seni pelukis Nanyang, kecenderungan media massa dan pengaruh seni cetakan kayu Cina.

Antara pelukis terkenal Nanyang iaitu Cheong Soo Peng yang juga salah seorang tenaga pengajar Akademi ketika itu amat aktif mempamerkan karya beliau sejak di Akademi lagi.  Syed Ahmad Jamal (1973) menyatakan bahawa stail karyanya amat mempengaruhi penuntut-penuntut sehingga mereka meniru gaya karyanya.  Ini jelas kelihatan ketika pameran-pameran seni lukis di tahun 1950-an dan awal 1960-an.  Hassan Mohd. Ghazali (1999) menyatakan bahawa kemasukan pelukis dari negara China selepas perang dunia kedua tamat seperti Cheong Soo Peng telah menjadi tenaga pengajar di situ.  Selain Cheong Soo Peng, pelukis lain iaitu Cheng Wen Shi, Madam Georgette Chen adalah merupakan tenaga pengajar yang membawa kepada pendekatan berbeza kerana berlainan latar belakang pendidikan.  Pelukis-pelukis Akademi seperti Cheong Soo Peng, Georgette Chen Li Ying, Chen Wen His dan Chen Chong Swee secara umumnya mendapat latihan di Akademi Seni di Shanghai, Kanton dan Amoy terdedah dengan pengaruh modenis Aliran Paris.  Cheong Soo Peng merupakan lepasan Akademi Seni Xiamen dan Akademi Seni Xinhua di Shanghai.  Chen Chong Swee, Chen Wen His dan Liu Kang lepasan Akademi Seni Xinhua.  Manakala Georgette Chen menuntut di Salon Paris dan Liu Kang di Academie de la Grande Chaumiere, Paris.

Mereka ini berperanan mengembangkan tradisi seni moden di Malaysia dan Singapura.  Pelukis Nanyang juga terkenal kerana menggabungkan tradisi Barat dan Timur dalam hasil karya mereka yang kemudiannya dikenali sebagai ‘Gaya Nanyang’.  Susie Koay (1994) menjelaskan ‘Gaya Nanyang’ dilihat sebagai satu gabungan gaya Barat (gaya aliran Paris) dan Timur (ciri asas lukisan cina) menerusi latar belakang pelukisnya.  Gabungan pelukis Nanyang yang berbeza latar pendidikan disebut sebagai pertembungan dua  gaya. Maka tidaklah menghairankan bahawa karya-karya pelukis-pelukis ini pada asasnya berorientasikan seni barat dan mengikut Barat dan Timur dengan bebas.  Memetik kenyataan T.K. Sabapathy yang ditulis oleh Susie Koay (1994) menyarankan agar ia dilihat sebagai satu ‘skema berupa’ yang menukarkan ‘rangsangan eksperimental dengan menggunakan gaya-gaya dan teknik-teknik yang berasal dari dua sumber: Tradisi gambaran Cina serta Aliran Paris (School of Paris).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS