Lukisan Tamadun China

Fahaman Daoisme mempunyai pengaruh kuat terhadap bentuk-bentuk seni Cina terutama seni catan dan kaligrafi dan ia menentukan sifat-sifat yang dianggap penting dalam kesenian tersebut. Ini jelas kerana seorang seniman Cina bertujuan menyelaraskan kegiatan penghasilan sesebuah hasil seni catan dengan prinsip-prinsip atau proses alam semesta.

Menurut fahaman ini, manusia boleh melakukan perbuatan dan kegiatan yang bersifat semulajadi dan spontan melalui proses pelukisan gambar kerana ianya satu cara bagi mengharmonikan diri dengan proses alam semesta.

Dalam catan landskap Cina tradisional, elemen-elemen yang dilukis untuk mewakili alam semesta seperti gunung tinggi yang dipenuhi pokok-pokok, bukit-bukit dan air terjun, pokok-pokok kecil yang rimbun, air sungai dan tasik dan lain-lain lagi.

Manusia boleh timbul dalam catan landskap tersebut tetapi merupakan bentuk-bentuk yang kecil kerana menurut Daoisme, manusia cuma sebagai elemen yang kecil dalam dunia alam semesta yang amat luas dan besar ini.

Manakala kemahiran-kemahiran yang digunakan dalam tulisan kaligrafi atau huruf Cina, diaplikasikan oleh seniman-seniman Cina kepada penghasilan gerakan-gerakan berus yang terdapat dalam kaligrafi atau huruf Cina yang terdapat dalam sebuah lukisan (catan) yang berjaya.

Kebolehan untuk menghasilkan imej-imej yang mempunyai imbangan, gerakan dan bentuk-bentuk yang betul boleh diperolehi melalui latihan-latihan kaligrafi atau tulisan huruf Cina.Lukisan dilukis pada kain sutera, tembikar dan sampang. Ia biasanya terdiri daripada potret manusia, gambar-gambar yang berlatarbelakangkan cerita-cerita mitos dan peristiwa-peristiwa yang benar-benar berlaku. Seni lukis yang mula-mula sekali dihasilkan adalah dari orang-orang Buddha yang kemudian berkembang ke arah keduniaan. Pada zaman Dinasti Tang muncul pelukis teragung iaitu Wu Tao Yuan yang juga merupakan seorang sami Buddha. Dengan beberapa garis, dia telah dapat meletakkan satu lukisan yang bermutu tinggi di kanvas lukisannya. Seni lukis mencapai kemajuan sebenar pada zaman Sung. Dua orang pelukis terkenal zaman ini ialah Kuo His dan Mi Fei. Pada zaman Dinasti Han, banyak lukisan potret dihasilkan. Tembok dihiasi dengan catan fresco menggambarkan tokoh terkemuka seperti ahli falsafah, raja-raja negarawan. Kedatangan agama Buddha memberi motif baru dalam seni lukis. Corak lukisan lebih kepada gambar pemandangan seperti sungai, gunung-ganang, batu-bata dan salji.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Lukisan Tamadun China"

Post a Comment